Top Ad unit 728 × 90

Urut Atasi Masalah Seks?

urut atasi masalah seksSaya berusia lewat 30-an dan mempunyai tiga orang anak. Walaupun saya masih muda saya mempunyai beberapa kemusykilan mengenai kesihatan seksual. Semasa melakukan hubungan seks ia tidak dapat bertahan lama dan kerap mendapat rungutan daripada isteri. Adakah amalan urutan tradisional boleh mengatasi masalah ini?


Jawapan:


Ada dalam kalangan masyarakat kita memilih rawatan tradisional untuk memulih atau mengekalkan kesihatan alat kelamin seperti amalan mengurut dan menggunakan pelbagai jenis minyak yang dikatakan dapat meringankan masalah kelemahan tenaga syahwat. Namun begitu, haruslah diingat bahawa urutan bukanlah cara penyelesaian yang terbaik, malah boleh mendatangkan kemudaratan jika tidak dilakukan dengan baik.


Urutan yang dilakukan oleh pengamal yang tidak berkemahiran dengan tekanan yang kuat akan memberi tekanan berlebihan ke atas saraf. Akibatnya, ada kalangan mereka yang mengalami pembengkakan, lebam serta kesakitan selepas diurut. Masalah ini boleh berlarutan memandangkan alat kelamin alat organ yang sensitif.


Kecederaan pada saraf di bahagian alat kelamin akan menjejaskan bekalan darah ke bahagian tersebut, seterusnya mengganggu ereksi. Penggunaan herba-herba yang telah terbukti seperti Horny goat weed, Withania, ginseng dan gabungan dengan beberapa jenis herba lain akan memberi kesan yang lebih baik demi meningkatkan keinginan seks dan masalah kemerosotan kesihatan seksual lain secara keseluruhannya.


Anda seharusnya mengamalkan pendekatan yang lebih sihat untuk menjaga kesihatan alat kelamin. Kenali penyebab berlakunya kemerosotan syahwat supaya anda dapat menangani dengan lebih berkesan. Amalkan gaya hidup sihat seperti senaman secara berterusan tentunya boleh meningkatkan tahap kecergasan dan stamina serta baik untuk pengaliran yang sihat (boleh memberi kesan kepada bekalan darah yang lebih baik ke bahagian alat kelamin).


Jika anda mempunyai masalah berlebihan, ambillah langkah-langkah yang lebih proaktif untuk mengekalkan berat badan ideal demi kesihatan yang lebih baik.

Urut Atasi Masalah Seks? Reviewed by Shafi on Tuesday, January 24, 2012 Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by SeniCinta © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.