Top Ad unit 728 × 90

Obesiti dan Seks Lelaki

Tidak subur atau mati pucuk merupakan perkataan yang digeruni oleh kebanyakan pasangan suami isteri.Ia adalah satu keadaan yang menyukarkan pasangan suami isteri menimang cahaya mata.Adalah sukar untuk mengetahui punca utama yang menyebabkan peratusan ketidaksuburan dikalangan orang ramai.


Faktor-faktor ketidaksuburan mungkin disebabkan oleh persekitaran ,genetik atau hal berkaitan tabiat hidup.Antara masalah paling ketara di kalangan suami isteri yang kurang subur adalah obesiti.


Kajian menunjukkan bahawa obesiti boleh mengurangkan sperma pada lelaki dan juga akan mengurangkan peratusan kejayaan dalam rawatan persenyawaan In-Vitro(IVF).Berat badan terlampau akan menjejaskan perembesan hormon dalam badan yang mana akan mengganggu fungsi reproduksi wanita dan lelaki.Lelaki yang mempunyai berat badan yang tinggi dilaporkan mempunyai jumlah sperma yang kurang berbanding dengan lelaki yang mempunyai berat badan ideal.


Hakikatnya, obesiti dan kesuburan memang saling berkaitan.Dalam perkara ini,lelaki obesiti dilihat mempunyai kemampuan syahwat yang rendah.Ini kerana golongan ini sering berasa letih dan saiz perut yang besar menganggu keselesaan ketika melakukan hubungan seks.


Dalam hubungan seks kemampuan seksual lelaki bersaiz besar sering menjadi persoalan.Kebiasaannya ramai mempertikaikan kesuburan wanita obes tetapi sebenarnya lelaki juga mengalami masalah yang sama.Ini kerana lelaki obes mempunyai sperma yang tidak aktif atau berkurangan.Sperma pula yang terletak di dalam kerandut di luar buah zakar sebenarnya tidak boleh berada pada suhu 35 darjah Celsius ke atas.


Kebanyakkan lelaki obes tidak menyedari ketika mereka duduk , lemak pada bahagian perut akan bersentuh dengan kerandut zakar.Kerandut akan menjadi panas hingga menyebabkan sperma menjadi kurang atau tidak aktif.


Oleh itu lelaki dinasihatkan supaya tidak memakai seluar atau pakaian ketat yang boleh memyebabkan suhu kerandut menjadi tinggi.Selain ubat subur,lelaki obes boleh menggunakan pek ais dan meletakkan dibahagian kerandut untuk menurunkan suhu.Ini boleh dilakukan ketika mereka duduk atau berehat.


Selain itu,selepas setahun berkahwin dan mereka masih belum mempunyai zuriat,dinasihatkan supaya segera berjumpa pakar sakit tuan.Melalui pemeriksaan tahap hormon dan sperma,tahap sperma boleh diukur dan rawatan berikutnya boleh dilakukan.


Selain itu,orang yang obes itu juga dinasihatkan tidak merokok, menjauhi sauna atau jangan berendam dalam air panas.Aktiviti-aktiviti ini boleh meningkat suhu kerandut tadi dan mejejaskan fungsi sperma.

Obesiti dan Seks Lelaki Reviewed by Shafi on Friday, February 24, 2012 Rating: 5

1 comment:

All Rights Reserved by SeniCinta © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.